Monday, December 22, 2008

kenduri kawin bos

Semalam ambo lepak kat opis. Tiba2 Abu Em mai.

Abu Em : Zul , meh le join.

Ambo : Pi kenduri kawin bos ke ?

Abu Em : Ye la..

Ambo : Eis..ambo pakai t-shirt je ni..segan la ( sebenarnya ambo mls nak pi sbb mcm byk sgt protokol2 & mesti ramai jemputan yg berpangkat besar)

Abu Em : alaa..selamba je laa. Lepas mkn kita pi menembak la

(Abu Em ni tgh angau DSLR...nak mengetest D80 dia)

Ambo : sapa lagi pi ? kalau ambo sorang je yg selekeh tanak aa.

Abu Em : ada lagi..6 org.

Ambo : OK set


Majlis ni diadakan di ISTAC. Senibina bangunannya & perabotnya mmg unik so tak heranlah bila gambar pengantin sikit jee. Tp mmg niat si Abu ni nak pi menembak..sambil menyelam sambil minum air.



saladen of saracen

perabot & lukisan

the happy couple

menara

menara

dewan makan ala ala harry porter

Saturday, December 20, 2008

jiwa kacau

kosong ....kosong....kosong....


pernah tengok citer SEPI tak ? Ambo dah jadi mcm si Adam ....bykplak dapat kad kawin bulan ni. Maklumlah musim mengawan

Friday, December 12, 2008

"Kalau tak mampu nak berterima kasih...janganlah cerewet sgt"


Sekarang ni ambo terkenang ttg mangsa banjir di pantai timur & mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Ambo cuma mengikuti perkembangan kedua2nya melalui akhbar dan tv.

Kedua2nya ditimpa malapetaka besar dan kita boleh lihat ..mangsa banjir ni..kebanyakkan nya org biasa/miskin manakala mangsa tanah runtuh ni terdiri dari golongan cerdik pandai+kaya.

Bagi petugas sukarelawan..tentulah seronok membantu mangsa banjir daripada mangsa tanah runtuh ni sbb kita boleh baca di akhbar ttg bertapa cerewetnya melayan karenah mangsa tanah runtuh ni.

Antara berita2 yg tak sedap didengar :-

1) Nak minta kerajaan tanggung kos penginapan mereka di hotel.

2)Nak saman bila berlaku kesilapan. ( sikit2 nak saman..taulah byk duit)

3)Kedegilan mereka untuk mengikut arahan pihak berkuasa (mmg mangsa2 ni dari golongan profesional)

4) pantang ada silap sikit..komplen sampai masuk tv.

5) Tuduhan bahawa pasukan sukarelawan pemalas, kuat curi tulang.

Walaupun faham tekanan yg dihadapi oleh mereka...tp bila byk sgt persepsi negatif yg dilemparkan mereka terhadap pasukan penyelamat...dipaparkan melalui media. Rasa kasihan tu boleh bertukar menjadi meluat.

_________________________________________________________

Bila mendengar macam2 langkah mengharamkan/buat kajian /bla bla pembangunan di lereng bukit. Berapa lama sangatlaa ingatan mereka ni kekal ? 1 ..2...3...tahun..bulan ..minggu ? Lepas ni, bila keadaan dah reda..masing buat2 lupa& pembangunan di lereng bukit akan kembali rancak.

Dan bila berlaku tragedi yg sama di masa akan datang...dialog yg sama akan diulang. Mengong !!!

Nak Maa...Nak Bikkk...

NakMaa.....NakBikkk ( nak mama..nak bibik)

@

SuMaa....SuBikkk (nak susu mama...nak susu bibikk)

Pertama kali ambo dengar ungkapan ni dari mulut anak buah ambo yang bru berumur 2 tahun (dari brunei) dan sorang lagi berumur 1 tahun 2 bulan (duk kat Ampang), susah ambo nak faham. Tp bila diterangkan oleh kakak ambo, barulah ambo faham.

Budak2 ni lebih rapat dgn bibik diorang ...kadang2 dgn mama&abah sendiri pun tak berapa nak pergi..dgn bapa saudara apatah lagi. Doh tu nok wat guano ?

Kenduri Kawin Mizah

Nampaknya takda sapa nak pergi kenduri kawin Mizah kat Lanchang kali ni. Agaknya kebanyakkan kawan2 dah pergi kenduri di pihak rumah pengantin perempuan di Perak. Tinggal ambo je yg tak dpt pergi hari tu sbb kurang sihat.

Dlm duk memikior nak ajak sapa....si Raiza (office mate) call..

Raiza: Nko nak pergi tak ni

Ambo : Nak la...tp takde member la

Raiza: Aku pun nak pergi ni...kita pi skali laa..bawak keter nko

Ambo: Dua org je ke?

Raiza : A'ah..naper, segan ?

Ambo: tak ..tak.

Raiza: Nko dtg mai ambil aku kat rumah. Pukul Berapa nak btolak ?

Ambo: Dlm pukul 10:30 pagi

Raiza: ok.

Besoknya....

Ambo rasa mcm tak sedap je keter ambo nih. Ada bunyi krek krek..kat tayar depan sebelah kiri. Ish..absober bocor ka?. Dalam pukul 9:30pg ambo singgah bengkel Abg Mail. Pomen ambo si Farid dok cari mana dtgnya bunyi tu. Tak jumpa...bila test bawak..tak bunyi plak...aiyyaa. Nak taknak kene bukak jugalah, takut bush pecah ke. Bila bukak..semua ok. Ambo agak ..mungkin sport rim ambo ni kot sbb sebelum tukar takder bunyi. Takpalah...takda kerosakan serius.

Bila nak pasang balik tu...si Farid perasan yg ada minyak keluar dari head blok (melalui nat). Nak kena gam balik la tu. Tp Gam gasket takda..kener order dulu..aiyaa. Sebenar masa ni dah pukul 11pg & byk kali si Raiza telefon. Ambo minta tunda..dari 10.30 ke 11.oo....dari 11.oo ke 12. Lama jugalah menunggu gam gasket tu sampai. Last sampai pukul 1 baru settle.

Si Raiza telefon lg..."lambat lagi ke ?"

Ambo : Ondaway2 ( jarang ambo pakai ayat nih..)

Ambo balik rumah dulu..tukar baju . Nak mandi tak sempat dah. Mengamuk pula Cik Raiza ni karang, dari pukul 10 tadi dah bersiap ( Dah cair mekap).

Dekat pukul 1 setengah, barulah ambo sampai kat rumah si Raiza. Hujan....

Sebelum bertolak tu ...si Mustakim ada sms. Katanya jem gila - start dari tol Gombak sampai susur keluar ke Genting. Ada lori rosak. Bila sampai kat tol Gombak ...mmg betul pun. Tp takpelah...sekurang2nya ambo tahu kes apa boleh jadi jem teruk mcm nih - bukan sbb org pantai timur balik raya haji.

Dari tol Gombak ke terowong Karak tu makan masa sejam lebih. Nasib baik keter auto hehehe.
Lepas dari terowong Karak , jalan mula clear & ambo pun start pecut sbb jam dah pukul 3 lebih. Dekat2 4.15 ambo pun selamat sampai ke rumah "Panjang" - husband mizah ( dua2 pengantin ni mmg tinggi cam galah !!!).

Nasi minyak dah abis...tinggal nasi putih jaaa. Takpelah. Mmg masa sampai tu org dah tak ramai dah & kerusi meja dah byk yg disimpan dah. Sebenarnya pengantin ni pun lambat sampai, plan pukul 1 tp sampai pukul 3. Kes jem giler kat Karak tu lah.

Ambo ckp kat Raiza...nasib baik kita lambat, sampai awal pun bukan bleh jumpa pengantin..heheh. Tak lama bersembang ..Kak Nita (PA kat opis ambo) baru sampai dgn abg dia. Sambung sembang lagi (walaupun mas tu org dah turunkan khemah).

Kak Nita : Singgah rumah Kak Nita la..

Raiza : Ok je...tapi kena tanya si Supirnya (aku la tu - taula baru balik dari Bali)

Kak Nita: Alang2 sampai sini, singgah la ..

Ambo: Jauh ke ?

Kak Nita : Dekat je...setengah jam je.

Ambo: Ok la...tp tak bleh lama2 sbb sy kena antar anak dara org balik ni.

Ambo pun follow la kereta Kak Nita utk singgah ke rumahnya. Follow punya follow, dah dekat 1 jam tak sampai2 lagi. Hampess...ambo kene tipu. Ada pakatan rupanya.Dekat sejam setengah barulah sampai (7mlm). Rumah ni agak terperuk skit, jalan pun takda lampu.

Bila dah sampai tu, Kak Nita buat muka dono je.."kalau aku ckp jauh mesti nko tak mau ikut punya"...

Ambo : demm....

Sampai di rumah tu, semua ahli keluarga Kak Nita dah ada kecuali sorang. Mmg jenis ramah keluarga ni..terutamak maknya..mcm Kak Nita jugak. Happening giler. Ambo gak yg jenis diam ni pening la jugak nak sesuaikan diri.

Dalam pukul 8.20, lepas mandi & mkn malam ...kami minta diri untuk pulang ke KL. Mak Kak Nita minta kami bermalam sbb jalan nak keluar tu mmg gelap (dahle jauh jugak). Ambo takleh nak bermalam sbb anak buah ambo kat rumah takda sapa jaga ... bawa anak dara org lagi. Takbleh2.

Dari Jerantut sampai KL ambil masa dlm 3 jam..sbb pening nak cari jalan keluar ke LPT.

Wednesday, December 10, 2008

endorse enjin(2)

8:30 am

Ambo sampai kat Puspakom kat Setapak. Park kereta ambo, then kena bawa Sunny ambo dulu..isk rindu plak. Mula2 kena buat inspection 1 ( brake, chassis, no enjin). Kena beratur kat lorong 2. Sebelum tu perlu bayar 35 hinggit. Dalam pukul 9.45 baru settle.

10.00am

Kena masuk line lagi - untuk check no chassis & enjin (bagi pertukaran hak milik). Beratur kat lorong 1. Sebelum tu bayar Rm 30. (Tadi dah check..kene check lg..aiyaa!). Checking tak sampai 5 minit, walaupun menunggu lama la jugak. 11.00am, settle.

11.15 am.

Pi kedai insuran (kurnia) untuk transfer NCD PokNik. Check nama takde dlm sistem. Aikk??? Kalau nak pindah polisi, kene cancel insuran asal ..kena buat surat kat JPJ untuk tukar roadtax..."masalahnya encik tak boleh...bla bla bla", Kalau nak buat baru cepat pula...tp third party tak cover plak tu. Cam harem je. "Takpele dik , abe buat kat tempat lain".

12.00 am.

Ambo & PokNik pi H.Q AmInsurance kat Jln Ipoh untuk renew insuran (kes c.c enjin dah berubah). Cuma tambah rm14 je. Nak tukar nama pun boleh, cuma bayar rm10. Senang pula...tadi minah kurnia tu kencing ntah apa2 kat kitorang. Tp sebelum dapat tukar nama, perlu ubah geran ( kapasiti enjin berubah). Patah balik ke JPJ setapak.

1.00pm - tutup. Pi makan dulu la weih,..dari pagi tak makan.

1.45pm

Beratur kat tangga sbb urusan ni kena buat kat Pintu 6.

2.00pm

Pejabat bukak - org ramai serbu bagai nak rak. Dpt No. 38, 20 minit menunggu barulah dipanggil. Sampai di kaunter, En Mohamad Fadli entertain. Mintak borang itu ini..aku bg semua pasal dah pening...byk sgt borang kena isi. Borang2 yg tak perlu dicampak balik kat ambo ( lantak demo la nak kurang ajor - ambo baru lepas mkn , so boleh sabar skit).

En. Mohamad Fadli :Satu borang tak de ni, camner nak buat ?

Poknik : Borang mana plak ? ni saje yg dikasi bila saya keluar dari Puspakom tadi.

En. Mohamad Fadli : (tanya kakak kat kaunter sebelah)

Kakak Sebelah : Boleh je pakai borang tu.

ambo : Nak belagak tp bangang - kerja sendiri pun tak tahu. @#** - dlm hati laa

Dlm 10 minit, urusan ambo dengan staff yg berbudi pekerti tahap cipan ni berakhir. Fuh lega boleh tahan sabar.

3.00pm

Turun aras bawah pejabat JPJ untuk buat cukai jln baru. Tu dia....dpt no 472....no sekarang 320. Berjangut laa menunggu. Tgh duk menunggu tu..duk sembang pasal kerja - usha awek kat kedai photostat - sembang pasal jodoh - pasal En Mohamad Fadli. Pukul 4.15 barulah no 472 dipanggil. Settle.

4.30pm

Pergi balik H.Q AmInsurance kat jln Ipoh. Transfer nama ke nama PokNik. Settle.

4.45pm.

Bila ambo nak ambil kereta ambo kat tempat parking (puspakom), kereta ambo kena blok dek lori kecik & pajero . Nasib baik driver lori kecik tu ada kat situ - terus dia alih. Tuan punya pajero ni mana plak perginya...dah blok kereta org tu tak reti2 nak tinggal no phone kat dashboard tu. Tunggu dlm 15 minit barulah tuan pajero tu mai - angkat tangan, sorry. Ambo tak bg reaksi - start kereta , terus jalan.


~penat weih, nasib baik aku cuti hari ni & besok cuti umum (Selangor je...org KL jg marah)~

Tuesday, December 9, 2008

Raya Korban








Walaupun hujan turun tak renti2, ibadat korban berjalan spt biasa. Tukang semelih biasanya dapat kepala. Tukang lapah - lapah sampai bersih. Tukang tulang - ketuk sampai hancur. Tukang sibuk (anak2 buah) - main mata lembu. Tukang cuci perut (lembu)...aik...dah ilang.

Friday, December 5, 2008

Pos Laju (laju laa sgt)

Ambo: Kak, kalau nak pos laju ni bleh tak ?

Kakak Kaunter: Nak pos laju ke pos express ?

Ambo : Antara dua tu mana paling laju ?

Kakak Kaunter : Dua2 sama je.

Ambo : Pos laju lah


Kakak Kaunter: Adik kena balut dulu ni, taruk dlm kotak ke.

~ambo : sudah....nak kene balut la pula~

Ambo balik opis & start buat kerja membalut ( failed betul ambo bab2 membalut ni). Setengah jam kemudia ambo dtg balik ke Pejabat Pos. Kena beratur lg...tiba giliran ambo...

Kakak Kaunter : Adik...apasal lambat ? kita org tutup pukul 3.30 ?

Ambo : Lor, tak ckp pun tadi. Abis ni nak buat camna ?

Kakak Kaunter : Kalau nak pos juga, kena pi Pejabat Pos Sri Gombak lah...sana pukul 6.00ptg baru tutup.

Ambo : Lor...(naperle tak ckp awal2, tak payah le ambo beratur)


~dgn perasaan bengkek tahap gaban, ambo start kereta & menuju ke Pejabat Pos Sri Gombak. Bila sampai ...ya amat - ramai giler manusia. Selepas beratur agak lama la juga~



Kakak Kaunter2 : Berat ko ni? (Kelantan...rupanya akak nih)

Ambo : Berat la juga.?


Kakak Kaunter2: Kalau berat, timbe kat lu0r la ya. Derah skit sbb nok start pekking doh ni.

Ambo : ok..(pi timbang - dlm 3.2 kilo)

Kakak Kaunter2 : ok dik..jumlah kene bayo Rm 25.80

~Fuh ..selamat, sempat jugo ambo mengepos tesis ambo ni, walaupun dah terdelay 1 hari. Penat mmg penat bila kene mundar mandir sampai dua pejabat pos. Tp penat tu hilang bila dapat email dari Br. Rosli.."Result PSM dah keluar" ....... Ambo bukak Student Information System......klik result exam.......Alhamdulillah , berbaloi penat lelah ambo ~








Little fighter

Aus: Pok...tolon aa, repair pc tu. Lama dah Aus tak main game ni

Ambo: Nak repair camne ? power supply tu dah kong.

Aus : Ala ....ganti je la, beli la baru, kat kedai kan byk.

Ambo : Ni PC branded la...dia punya P.S kecik...takleh masuk.

Aus : ~Monyok~

Sebenarnya ambo dah tukar P.S pc tu dulu..tp rosak balik. Hisshh.. dah le bukan main payah nak cari parts tu...maklumlah pc lama - gateway ( dah pupus kot).

Kadang2 kesian jugak tengok budak Aus ni.... anak bongsu & mak ayah kat Mekah. Boring sgt2 la tu. Nampak sgt tak tau nak buat apa. Bila dah tau nak buat apa tu yg jadi problemnya...problem bila dia suka nyakat Adham - sepupunya yg baru pandai merangkak. Nak bg main ambo punya hphone - bateri dah kaput ( tahan 4 jam je).

Dlm duk serabut tu , ambo nampak ada satu cpu klon tersadai bawah meja. Nampak cam baru lagi tp dah berhabuk. Tp takpelah, pc klon ni mudah sikit nak godek, semua barang boleh swap. Ambo pun cabut hdisk pc branded tu & masukkan dlm pc klon tu. Try detect - huh nasib baik ok lagi.

Aus : Monitor dia tak tukar sekali ke ? ( lama dia duk perati ambo godek2 pc klon tu...dia ingat game dia tu simpan dlm monitor tu agaknya....heheh).

Ambo : Tak payah. Semua game tu ada dlm ni ( sambil tunjuk hdisk).

Aus : Oooooo.

Ambo: Ada screwdriver tak ?

Aus : Ada...ada - dgn pantas dia pi ambil (selalunya mmg payah la nak mintak tolong budak ni ambilkan barang).

Bila dah siap pasang ...apa lagi...melongok la budak ni dpn pc melayan game Little Fighter

Wan Mohd Firdaus Wan Nawawi - antara anak buah ambo yg nakal & bijak

Thursday, December 4, 2008

Enrollment of Postgraduate Student

Hari ni ambo kene standby kat dewan besar untuk menyambut pelajar baru di taman ilmu dan budi (tempat ambo bekerja) . Ambo kene jaga part sistem komputer iaitu keje blakang tabir lah. Walaupun belakang tabir, nak juga kena tunjuk muka..tak taulah kenapa, mungkin bg user..kalau nampak muka org IT ni, lega skit kot hati diorang.

Kalau ikut senarai, ada 1300 student baru yg diterima...tp kalau ikut intake yg lalu, tak sampai 40% pun yg dtg register. Biasalah tu.. international student. Byk dugaan nak sambung belajar kat tempat org ni.

Apapun, ini mungkin event terakhir ambo dgn jabatan yg menguruskan postgraduate student. Lepas ni ambo hanya perlu tumpu pd undergraduate shj. Huhu lega skit. Bukan apa, kadang2 ambo terkeliru dgn ttg polisi2 bila cover dua jenis student ni. Yelah ....org IT kene faham betul2 flow user - kadang2 kene lebih expert dari user, kalau tak- pening nak develope sistem utk diorang nih.


lampu lom bukak lagi

Sr. Linda...tunggu masa je nak terberanak..apo nak buat.

Wednesday, December 3, 2008

endorse enjin (1)

Semalam ambo, Jamal & Poknik pergi jpj wangsa maju untuk endorse enjin sunny . Rasanya dah dekat 3 tahun sunny tu berjantung baru...cuma semalam baru nak gi endorse ( kes nak jual laa...kalau tak , pakai je).

Tp untuk langkah pertama...kena dptkan surat pertukaran enjin dari JPJ . Nak dapatkan surat ni, banyak jugalah borang2 yg perlu di isi. Kadang2 aku merunggut juga " since dah semua pakai komputer, kenapa la masih pakai kertas ni...nak isi alamat je 2-3 borang". Tp nasib baiklah pegawai JPJ entertain ambo tu teramat2 lah byk membantu.

Senang je rupanya, tak ambil masa lama pun kalau dokumen dah lengkap. Tak payah bazir2 duit pakai runner.

So...insyallah jumaat ni surat tu siap.