Friday, December 12, 2008

"Kalau tak mampu nak berterima kasih...janganlah cerewet sgt"


Sekarang ni ambo terkenang ttg mangsa banjir di pantai timur & mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Ambo cuma mengikuti perkembangan kedua2nya melalui akhbar dan tv.

Kedua2nya ditimpa malapetaka besar dan kita boleh lihat ..mangsa banjir ni..kebanyakkan nya org biasa/miskin manakala mangsa tanah runtuh ni terdiri dari golongan cerdik pandai+kaya.

Bagi petugas sukarelawan..tentulah seronok membantu mangsa banjir daripada mangsa tanah runtuh ni sbb kita boleh baca di akhbar ttg bertapa cerewetnya melayan karenah mangsa tanah runtuh ni.

Antara berita2 yg tak sedap didengar :-

1) Nak minta kerajaan tanggung kos penginapan mereka di hotel.

2)Nak saman bila berlaku kesilapan. ( sikit2 nak saman..taulah byk duit)

3)Kedegilan mereka untuk mengikut arahan pihak berkuasa (mmg mangsa2 ni dari golongan profesional)

4) pantang ada silap sikit..komplen sampai masuk tv.

5) Tuduhan bahawa pasukan sukarelawan pemalas, kuat curi tulang.

Walaupun faham tekanan yg dihadapi oleh mereka...tp bila byk sgt persepsi negatif yg dilemparkan mereka terhadap pasukan penyelamat...dipaparkan melalui media. Rasa kasihan tu boleh bertukar menjadi meluat.

_________________________________________________________

Bila mendengar macam2 langkah mengharamkan/buat kajian /bla bla pembangunan di lereng bukit. Berapa lama sangatlaa ingatan mereka ni kekal ? 1 ..2...3...tahun..bulan ..minggu ? Lepas ni, bila keadaan dah reda..masing buat2 lupa& pembangunan di lereng bukit akan kembali rancak.

Dan bila berlaku tragedi yg sama di masa akan datang...dialog yg sama akan diulang. Mengong !!!

2 comments:

JuniorOne said...

dasar org kaya tak sedarrr diri mmg cenggitu laa ...
tak reti nak ckp tima kasih, komplen laa korang sampai korang masuk kubur.

Tepi Sungai Batu said...

pejo,
Entahlah manusia ni...kalau dah banyak duit lain sikit perangainya.