Wednesday, December 3, 2008

endorse enjin (1)

Semalam ambo, Jamal & Poknik pergi jpj wangsa maju untuk endorse enjin sunny . Rasanya dah dekat 3 tahun sunny tu berjantung baru...cuma semalam baru nak gi endorse ( kes nak jual laa...kalau tak , pakai je).

Tp untuk langkah pertama...kena dptkan surat pertukaran enjin dari JPJ . Nak dapatkan surat ni, banyak jugalah borang2 yg perlu di isi. Kadang2 aku merunggut juga " since dah semua pakai komputer, kenapa la masih pakai kertas ni...nak isi alamat je 2-3 borang". Tp nasib baiklah pegawai JPJ entertain ambo tu teramat2 lah byk membantu.

Senang je rupanya, tak ambil masa lama pun kalau dokumen dah lengkap. Tak payah bazir2 duit pakai runner.

So...insyallah jumaat ni surat tu siap.

2 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Kalu nok lagi cepat datanglah ke JPJ Raub. Lengang je, tak dok orang.

zul said...

Jauh ngan ambo tu pok mae. Kat wangsa maju ni pun dah ok doh loni.