Friday, November 28, 2008

First time ber 'TT'



jamal: turun tak malam ni?

ambo: Insyallah, kat mana ?

jamal: kita berkumpul kat petronas batu caves. Pastu minum kat restoran Nuri kat sri gombak.

ambo: set.

Sebenarnya demam & batuk ambo lom kebah lagi, tp disebabkan selalu sgt menolak pelawaan utk ber'TT' , segan pula kali ni nak menolak sbb lokasinya dekat dgn rumah. Dalam 10mlm ,ambo terus pi restoran Nuri sbb dah mmg berada di area sri gombak.

Sampai sj di sri gombak, dah ternampak deretan civic...tercari2 TAJXXX sbb dia sorang je yg ambo kenal. Bila dah nampak, barulah ambo masuk parking. Dalam hati...ish lawa2 keter diorang nih...keter ambo blom complete lg.

Mungkin jamal tahu ambo tgh segan...dia mai kat ambo & duk lepak kat luar restoran dulu sambil cuci mato tengok keter saing2. Ambo tengok2 part yg mana ambo plan nak upgrade lepas nih..Dekat2 20 bijik jugakla yg datang. Lepas puas cuci mato, barulah ambo masuk dlm restoran tu...salam dgn otai2.

Semasa borak2 tu (ambo byk diam jo...sbb org baru + batuk) ambo try nak ingat muka & nama sorang2...sbb nama, ambo dah biasa kenal dlm forum. Risau juga kot2 org anggap ambo ni sombong sbb secaro fizikalnyo mmg idung ambo tinggi. Utk mengurangkan kerisauan tu ambo senyum je manjang dlm keadaan batuk.

Sbg org baru, ambo pasang telinga je la.. dlm pada tu dpt jugalah jawapan2 dr masalah2 ambo berkenaan dgn civic ambo tu. Dlm pada tu, kebanyakkan diorang nih mmg kaki pranggg..berbanding ambo yg minat civic sbb design dia , bawak paling laju pun dlm 140kmj ajo...lebih2 ambo tak brani. Tp dok taulah kalau ada rezeki dpt doch vtec (dek keracunan).



12.30mlm dah nak bersurai. Ada sessi jual beli (baju/cap)...minat juga dgn t-shirt putih tu, tp tu utk org yg dah book. Kalau itam tu byk la yg boleh beli terus. Ambo angkat cap sbb nak tutup kepala - time tu hujan. Dan sessi mlm tu diakhiri dgn irama vtec sebijik2 dari member2 yg berangkat pulang.

Masyuk gila bunyinya......isk..rasa nak dengar lagi laa.... (dah termakan racunkah ambo ???)

Wednesday, November 26, 2008

Sunny(2)

Sunny ni sebenarnya milik arwah ayahanda ambe. Ambe rasa arwah sempat pakai dalam 3 tahun (2002 - 2005). Seingat ambe, arwah dari muda mmg minat kereta...tp memandangkan arwah cuma seorang peneroka di sebuah tanah rancangan FELDA dan menyara 7 org anak, tak termampu utk arwah memilikinya.

Kalau nak ke bandar ( utk jln2 @ hantar anak2nya ke asrama) arwah selalu juga menyewa kereta.

Dulu, semasa abang ipar pergi sambung belajar ke Timur Tengah. Ada ditinggalkan sebuah proton saga1.5s utk jagaan ayahanda. Ambe boleh nampaklah keseronokan yg ayahanda alami. Kereta tu sentiasa berkilat. Macam2 aksesori ditambahnya. Pendek kata glamor jugalah proton tu diseantero tanah rancangan ni. Tp selepas 2 tahun, kereta tesebut kembali ke tuan asalnnya.

Kemudian, ..bila anak2 dah boleh berdikari & yang paling bongsu pun dah habis pengajian, barulah ayahanda mula kumpul duit diam2 untuk membeli sebuah kereta. Ttp terkantoi dgn anak2 - (ayahanda sorok duit bawah bantal). Bila ditanya untuk apa - ayahanda menjawab utk beli kereta.

Kakak yg sulung pun memangil adik2nya...duduk berbincang...lalu..satu keputusan dicapai...mana2 anak yg dah bekerja membuat personal loan. Duit itu dikumpulkan & diberi kpd ayahanda.

Nissan Sunny merupakan model yg amat diminati ayahanda. Sunny yg dibeli di KL terus dibawa pulang ke Terengganu. Dan ..pada ketika itu , ayahanda tak perlu lagi bersusah payah nak menyewa kereta & menaiki bas.

Tuesday, November 25, 2008

sunny

"mu jage keter ni elok2..."

Isk, rupa2nya sayang lg ambe kat kereta ni. Mana taknya, kereta pertama ambe & ambe byk senang hati dgn ini kereta.....

hati mana yg tak senang bila ....

....pakai kereta yg takda hutang ?? (lebih2 lg kat malaysia nih).

hati mana yg tak senang bila ....

.... ambe boleh park mana2 tanpa risau&gusar (takut kena pecah masuk)

hati mana yg tak senang bila ....

...... ambe boleh ulang alik pi kerja selama 2 minggu dgn hanya isi minyak RM50

hati mana yg tak senang bila ....

....... kat jln2 sempit ambe tak perlu ketepi bila berselisih..ehhehhe...

hati mana yg tak senang bila ....

......larat lagi pi ulang alik KL - Terenganu, naik bukit karak selamba je potong vios....

namun

.............

nak tak nak ambe kene jual jugak....

sebab

tak larat nak jaga 2 kereta...

sebab

sedih tengok kereta ni tak terjaga..berhujan/berpanas

sebab

nak convert ej ambe jadi 99 spec.....

sebab

...kito ni tak bleh terlalu bernostalgia.....

tapi

Bilo ada benda baru , kito jadi lebih berkiro ngan saing2......

kito jadi risau- takut kena curi - takut kena penaya -takut dgn apa yg tak ditakut sebelum ni

Sedar2.....org dah start duk jauh2 dgn kito......

pah tu diorang kato......

" demolonitoksupomulo"




Monday, November 24, 2008

Takleh Lelap

Tak tahulah kenapa ambe takleh nak lena lebih dari 10 minit mlm tadi. Bila nak lena je..tekak ni meragam & terbatuk2. Pukul 2pg, pi dapur utk mkn ubat ....tak jalan gak. Ambil strepsil 1-2 biji..tak mau reda juga...aiseh. Asam jawa pun dah abis..kalau tak gagah lagi teguk air asam jawa.

Pasaipa nih ??

Pasal ambe berhujan tadi kah? - tadi : ambe pi kompleks Tabung Haji dekat Kelana Jaya utk hantar kakak & abg Ipar pi haji. Mmgle hujan sekejap2.

Pasal ambe makan ketupat daun palas + pulut lepa ? : Adik ambe dari Terengganu bawak buah tangan. Aiseh time sakit tekak ni la ada juadah2 mcm tu.

Sudahnya..ambe ambil emergency leave. Tak larat weih nak keje dgn tido tak cukup & batuk2 nih.

Friday, November 21, 2008

Result dah kuar..yahoo !!!!

Dear all,

Attached is your final grade.
1 student absent in final exam.
1 student did very poor.
2 student gets 100% in final exam.
They are MOHD IQBAL HISHAM BIN AHMAD SUPIAN and MOHD ZULKIFLI BIN NAWAWI....well done

The rest...your are very good.

regards
-----
Dr. Ab Razak Che Hussin
Lecturer,
Information Systems Department
Faculty of Computer Science and Information Systems,
University Technology Malaysia,
81300 Skudai Johor


~Tqvm Dr. ~
~subject Accountant Information System~

"Bong"

23 haribulan ni kakak & abang ipar aku akan pergi menunaikan ibadat haji. Dalam pada tu...aku still lagi tgh congak2 - bagaimana nak menjaga 7 org anak buah yg akan diamanahkan kepada aku nnt.

Nasib baiklah kelas aku dah habis dan aku akan bercuti panjang dari bulan 12/08 hingga 5/09.
Kalau tak jenuh jugak nak terkejar2.

- yg paling kecik dah nak masuk tahun 4, lepas tu kakak dia (11thn), kakak dia lg(baru lepas upsr ~tahniah dpt 5A), lepas tu abg dia (16 tahun - kuat nyakat adik2 dia), abg dia lg (still kat matrik - kira tak da kat umah la kot), kakak dia (anak dara, tahun 2 kat UIA - minta2 bolehla tolong aku) & yg paling tua (baru lulus pengajian dari UIA - cuti pun tak balik) .

Nak kata aku tak suka budak2, tak jugak..cuma kalau nakal lebih2 senang buat aku naik angin. Sikap panas baran ni mmg merisaukan aku. Apapun..insyallah , aku cuba jadi "bong" & jaga amanah ni dgn sebaik mungkin.

p/s - Kak Long ..jgn lupa, doakan agar cepat temu jodoh.

Wednesday, November 19, 2008

Mandi ngan gajah


"Lorr apa barang bro..mai jauh2 tak mandi ngan gajah...takut ke ? " : Kidir

" Nko tak tengok video promo dia tadi ?...gajah is unsangkarable" :Aku

"Rugila nko, masa ni la nak merasa mandi ngan gajah...beramah mesra dgn mereka" :Kidir




........................................................................................................................................................................


Ciss....ni rupanya "gajah2" tu. Patutla beria sgt mangkuk ayun ni.







~nyesal gak seposen~

Rempitkah Aku ?


"Luka mcm ni, bleh tinggal parut ke?"

"Mmg la berparut nnt" jawab nurse sambil mencuci luka.

(Adoyai...tak ensem lah siku aku lepas ni....)

"alaa setakat parut tak pa kan..nasib baik tak patah" tambahnya lg.

" ni.... kalau sy nak mc dua hari boleh ?"

"kalau nak seminggu pun boleh...lain kali merempit la lagi"

(aduh !!!!...asal jatuh motor je mat rempit...asal rempit je jatuh motor...payah2)


demolonitoksupomulo

Demo lah ni ni tok supo mulo
Tak berani kawe nok tego
Tengok kerling hujung mato
Tengok kerling hujung mato
Nyo mari angin sekak demo kayo

Sabik kata tak bole nok harap
Kita bodo serta darat
Ooo... oo...
La nong er

Kawe tego demo tak jawab
Kawe tego demo tak jawab
Kasih demo tidak tanggung jawab

Demo le ni tok supo dulu
Rasa sedih serta malu
Kau berkasih tidak serupo dulu
Ooo... oo...
La dik sayang Ooo

Bila datang orang baru
Bila datang orang baru
Aku ditinggal setiap waktu



~Kapilla~

Monday, November 17, 2008

Keluar dari kotak

"noel: kroll ajk joging kt selayang...."

"noel: kna balik awl...kalo nk..amacam"

Huh...mmg le aku nak.

Dah dekat satu tahun aku punya reebok tak keluar2 dari kotak persemadiannya. Time tu lepas eksiden...jatuh motor.

Stamina pun dah tahap atuk um0q 50 taun. Basuh keter hantar kedai. Balun McD 2-3 kali seminggu. Pagi - hari2 nasi lemak @ roti canai. Ngadap pc je layan internet berjam2. Mmg tak jaga badan/kesihatan langsung.

Dlm telematch masa family day hari tu pun nak pitam bila lari skit.

Tak bleh jadi la. -- tp selayang tu..panjang giler dia punya trek haha..tawakal je la .

"aku: pukul 510 sharp terus balik"

"aku: lambat aku tinggal..nak pi ambik bateri sunny kat wshop jap"

Takziah

Balik dari lunch....kaum2 hawa dlm opis aku kecoh. Bunyinya hingar semacam...tp ada beberapa perkataan yg dpt aku tangkap...

"baby"

"Mirah"

"meninggal"

Tersentak aku dibuatnya sbb baru pg tadi aku dpt khabar yg mengatakan ex-officemate aku tu baru sahaja selamat melahirkan anak (caesarian - mula2 aku tak faham istilah ni).

Aduh .. berat betul dugaan yg sahabat ku hadapi ni. Bukan senang nak terima sbb itu merupakan kelahiran sulung...

Walaupun sedia maklum...destinasi arwah.

Diharap ...Sr.Mustamirah dpt kuatkan semangat...redha dgn apa yg berlaku & ttp yakin pada aturan-Nya.

-al fatihah-

Tesis oh tesis

Hari ni aku baru terbaca pengumuman berkenaan dgn penyerahan tesis bagi PSMII.

Aiseh...tandatangan penyelia utk borang pengesahan lom dpt lagi. Mintak2 le Dr. Ismail ada mai KL sabtu dpn.

Komen dari penilai pun blom dpt lagi....kot2 ada yg nak kena diperbaiki. Demo dah buat 1 hb lepas.

Tp ..sebelum tu......

Item2 yg aku kena taruk dlm cd :-
  • readme.txt
  • ringkasan tesis
  • Sistem/Pangkalan Data(mdf)
  • laporan akhir/tesis projek sarjana muda (pdf file)
  • Sistem/Fail Sistem - Source code
5 dec dah nak kena ngantor. Kang tak settle kang...tak grad laa aku.

Sunday, November 16, 2008

Pusing2

Mana pulak perginya jam aku ni, cari bawah buku takde, bawah bantal takde, dlm kereta takde, atas tv takde..ni yg malas nak cari nih..time kita cari tak jumpa2 ...time tak cari ada la plak dia..hish.

Boring juga hari ahad ni bila kelas dah takde. Layan CSI Miami je lah..walaupun si Lt. Horatio Caine ni agak kerek je gaya dia tp siri ni lagi best sbb banyak aksi..tak mcm Vegas @ NY. Kali ni barulah Horatio bertemu buku dgn ruas sbb penjahat kali ni pro giler...tp last2 mcm biasala..Horatio kepala teleng jugak yg menang.

Lepas layan CSi..layan Top Gear plak....huh si Jeremy Clarkson tgh test EP3 type R. Mmg cun bangat la type R nih. Kat Malaysia pun jarang jumpa..EK9 & FD type R selalu la jumpa. Dlm episod ni dia try buat perbandingan antara EP3 type R dgn typer R baru (euro spec). ...last2 Ep3 menang. Kalau aku pun pilih Ep3 sbb body lagi cantik..tak futuristic sgt.

Petang tadi aku mati kutu duk kat rumah. Lemas & rimas...nak kena keluar kejap ni. Baru aku ingat jam aku tertinggal kat rumah kakak aku semalam. Boleh la..kuar kejap...panggil housemate ajak keluar.

1st pi rumah kakak dulu...ambil jam...(huh nasib baik ada).....2nd ..pi ACE Hardware ...cari double tape + gam gajah + kain cuci keter. Usha2 jugak Stoplock..huh 2ratus lebih...tak bawak duit lebih plak..biorla dulu. Risau jugalah sbb dlm 2 bulan ni byk civic EK kena curi. Kat forum yg aku selalu lepak (mhccgroup), selalu je dengar kes ni...keter lawa2 & power2 plak tu ( siap convert 99spec +b18c/b16b/b16a lagi). Tp ada gak EJ stendet mcm aku kena gak..lahknat betul la penyamun2 nih. Org sampai terberak nak bikin kereta..sng2 je dia rembat.

Lepas selesai beli barang2..niat nak singgah JJ ( mana tau dpt laksa shack free). Aiseh..nak masuk parking pun dah berderet..kansel le. Nak balik awal lagi, baru pukul 6ptg ...erm pi pusing2 kat tmn titiwangsa la jap.

Balik tu..sempat singgah McD jap..huh pekena BigMac...mlm karang tak payah keluar dah.

Saturday, November 15, 2008

"bek woh"

Holoh....penat betul hari ni. Lama betul aku tak melibatkan diri dgn aktiviti "bek woh". Jadi tukang kutip gelas+tambah nasi/lauk+angkat periuk+cuci pinggan mangkuk. Penat tak terkata.

Aku sekadar membantu dlm majlis jamuan kecil-kecilan sempena pemergian kakak sulung ke tanah suci 23 hb ni..yakni minggu depan. Dapat juga bertemu dgn adik beradik lain dari Terengganu..seronok juga.

Aku pun dah sedia maklum. Kalau kakak aku buat kenduri gerenti dari pagi sampai mlm tak putus2 org dtg. Almaklumlah beliau merupakan seorang guru yg agak glamer di area Sri Gombak. Boleh patah pinggang ni dibuatnya.

Bila berkumpul anak-beranak ramai2 tu...mmg aku tak dpt elak dari soalan :-
  • bila leh jumpa makcik baru?
  • mana bakal adik/kakak ipar?
  • dah jumpa ke blom?
  • nak no telefon kawan ?
dan yg paling tak tahannya....masa aku angkat pinggan kotor...

"ni la adik sy yg single tu..."

- Aku buat2 pekak je la-

Majlis bermula pada pukul 10pg dan berakhir pd 10 mlm. Antara menu yg disediakan adalah nasi dagang, nasi beriani, satay, roti jala,kek dan air sirap. Dlm byk2 tu..aku cuma tala nasi dagang je ...susah nak jumpa yg best gak KL ni. Menu2 ni di buat sendiri oleh kakak aku dgn mendail nombor telefon katering.

Kebanyakkan tetamu terdiri daripada parents pelajar yg join tution kakak aku. Mmgla ramai bila dicampur dgn sedara dekat & jauh.

Bg aku...suka juga buat kerja2 mcm ni sbb masa ni je mulut jadi ringan nak tegur org. Yelah..aku ni bukan jenis kreatif utk berbual dgn org. Dah mmg jenis tak byk ckp.

Bila dah sampai pukul 10 mlm tu....mulalah sessi tapau. Ermm aku nak ambik byk pun...takut membazir je. Kat rumah, bukanya ada peti ais pun.Tapau je la..apa2 yg jenis lambat basi...besok tak payahla keluar rumah cari makan.

Friday, November 14, 2008

Lepas Exam

Allhamdulillah.....dpt juga jawab semua soalan bg paper first & last aku bg sem ni. Tak sia2 bawak note pi family day ari tu - walaupun tak dpt join geng2 pi merayap sekitar PD...Sekarang aku merdeka utk 5 bulan.

Final tahun ni, semuanya bertempat di bangunan Yayasan Selangor. Bg aku agak leceh skit la sbb kena park kereta kat UTM jln semarak dulu - pastu naik bas utm utk ke sana. Nak bawa kereta boleh , tp parking kena bayar la.

Exam start pukul 9pg & sepatutnya tamat pd pukul 11pg. Dlm 10 suku aku dah keluar ...tak tahan sejuk. Otak yg dah semacam beku ni pun makin membeku.

Trip yg paling awal nak ke UTM semarak 1130pg...Tak larat weih nak nunggu. Tahan teksi je la lagipun dah 6 tahun tak naik teksi.

Dlm duk menunggu tu, ternampak la ada mamat yg galas beg yg sama mcm aku ..(spaceutm). Aku sebenarnya nak cari member sbb tak biasa naik teksi...manala tau kene kencing ke apa ke.

"Nak balik utm ke ?" ...tanya aku..

"a'a ..takde yg berenti pun " jawabnya..

Tak sampai seminit adalah teksi yg berenti. Aku duk belakang.

5 minit jalan dah sampai kat utm.

"err nak kira mcmana nih" keluar la soalan yg agak meng"jakun"kan diri sendiri dari mulut aku.

"takpalah .. sy belanja, lagipun berkat kalau kita belanja students ni " jwb mamat tu.

"isk takpelah...sama2 student ni.." aku hulur 2-3 hinggit kat mamat tu. Tp ttp tak nak terima.

"Saya tengah frust ni, apa yg sy kena buat ?"

Aaaa...apa dia...aku dah mula kaget.. kenal pun tak, ada sesi luah perasaan tak terancang plak. Tiba2 je soalan tu.

" err...cari lain je la.." jwb aku.

"tp saya tak boleh lupakan yg lama tu". Balas dia

"ada can ke bleh dpt balik ?" aku tanya.

"mcm takda je" balas dia lagi

"kalau mcm tu, cari lain la...tak payah buang masa" ...(jawab ikut suka hati aku)

" hmm ..cari lain ekk? " dia tanya balik..

"ok la bro...tq..anyway nama sapa ?" tanya dia lg.

-aku jawab-

"dah kawin ?" tanya dia lg

"blom" jwb aku.

"aik...umur berapa" tanya dia lg.

-aku jawab-

" tak baik bro..kawin lambat" katanya.

-aku tak terjawab. lagipun tu ayat penyata-

"umur hang ? "tanya aku..

"23" jawab dia...( dlm hati aku - 23 pun dah kalut putus cinta. apa la...byk lagi masa nak cari)

"hmm ok la..jumpa lagi" jwb aku bg menamatkan bicara.

Semasa nak berjalan ke kereta aku...aku masih lagi kepelikan, biasanya..org perempuan je yg biasa sembang dgn aku pasal hal ni.....rugilah ex-girlfriend mamat tu.. jarang ada lelaki frust camtu skali bila clash. Ke aku je mcm tu ? Jenis tak kisah langsung .

Thursday, November 13, 2008

Wad 7AB



“Sapa lg yg ikut ?” Tanya aku.” Kita 2 org je “ jawab kakak aku. Weekend ni, lain skit dari yg lepas2... kali ni aku balik Terengganu dgn kereta . Rasanya dah sebulan lebih aku naik naik bas ulang-alik KL-KT setiap kali weekend . Dekat pejabat, hati/fikiran aku tak pernah tenteram sbb menunggu sabtu & ahad utk pulang ke Terengganu, lebih2 lagi bila diberitahu dia asyik tanyakan ttg. aku.

Dalam perjalanan, aku harap keadaan dia semakin baik. Hujung minggu lepas dah keluar dari ICU. Namun bg hospital kerajaan, keluar dari ICU mempunyai 2 maksud. Pertama , kalau keadaan semakin baik dan yang ke dua, harapan semakin tipis dan bilangan katil yang terhad di ICU perlu digunakan untuk pesakit2 lain yg lebih berpeluang (pulih). Berat sungguh aku nak terima maksud kedua tu, minta dijauhkanlah.

Sampai sahaja di HKT, aku dgn kakak makan dulu dekat kafe hospital. Makan pun setakat hilangkan lapar saja...selesai makan kitaorang pun naik ke tingkat 7 ...wad 7AB......wah dah potong rambut, dah mula makan makanan pepejal (sebelum ni minum susu melalui tiub yg disalurkan ke hidung), & yang paling tak sangka, dah boleh bergurau. Allhamdulillah..., ptg tu aku hantar adik dan mak ( yang menjaganya sepanjang aku di KL) pulang ke rumah utk berehat & hari ni ..giliran aku pula. Tapi semasa adik aku nak keluar dari wad tu, dia mcm merajuk skit...nak juga adik aku ada kat situ. Pujuk punya pujuk, ok la skit.

Sampai di rumah, aku baring2 sekejap nak betulkan urat (drive KL-KT) , tp tak lama, kakak call dari HKT suruh datang cepat...dia cari. Bergegas pula ke HKT...bila sampai di wad (10pm), aku lihat badannya mengigil-gigil. Satu badan dah diselimut, namun masih lagi mengigil...last2 aku peluk dia erat2. Aku pun tak pasti bila kali terakhir aku buat macam tu...masa kecil2 dulu adalah kot. Sejam lepas tu barulah reda gigilnya dan dia pun dah nak tidur. Kakinya dikuis2 minta untuk dipicit (dah sebulan lebih aku tak dengar suara dia sbb kerongkongnya terpaksa ditebuk untuk dibuat saluran kahak – pakai bahasa isyarat shj – kalau yg dpt faham tu fahamlah).

Picit punya picit ...last2 aku tertidur kat tepi katilnya. Tak sampai 10 minit (yelah tidur dlm keadaan duduk atas kerusi plastik) aku sedar , tengok dia masih tidur. Aku dah tak dpt tidur..kat lantai pun 2 org kakak aku tengah tidur beralaskan tikar. Aku cuma tengok 3 org yg cukup aku sayang tidur.Dlm pukul 11.30 mlm barulah kakak aku yg sulung tu terjaga.
“Tidurlah dulu, biar Kak pula jaga, nak kena bagi susu lagi ni kat ayah utk mlm. “. Kakak aku cuba kejutkan ayah, lama juga..tak bangun2...suara kakak pun dah lain macam...diperiksanya nadi...

“Zul..ayah dah takda”

Aku tak puas hati pi ke depan kaunter ..panggil nurse. Doktor dan nurse buat pemeriksaan dan sahkan yang ayah aku dan meninggal dunia.

Aku termanggu sekejap, sukar nak terima sbb siang tadi arwah mmg sihat, siang tadilah aku dapat tengok arwah senyum, bergurau setelah sebulan lebih terlantar lemah. Tp dalam sesetengah keadaan, aku redha sbb arwah tidak lagi menderita menahan sakit (kompilasi penyakit yg berpunca dr diabetis). Sudah sebulan lebih sakit teruk...dan terlantar di wad...sebulan lebih juga kami adik beradik & mak melihat penderitaannya...& cuba memberi yg terbaik & termampu..

Yg paling sedih tentulah adik bongsu ku, dia tiada di sisi arwah pd mlm tu.

Peristiwa ini berlaku pada 12 Ogos 2005. Tp aku masih lagi boleh ingat dgn jelas sbb itulah kali pertama aku kehilangan insan tersayang. Sepanjang menjaga arwah, aku banyak melihat perkara2 yg sebelum ini agak asing bg aku.

Seorang pesakit yg baru masuk (dlm pukul 5ptg), berumur dlm 40-an, nampak sihat2 shj sedang meminta air coke dari anaknya – “nak rasa skit “ katanya, bila melihat isterinya marahkan anaknya yg bg coke. Semuanya nampak ok sehinggalah tiba waktu Maghrib, pesakit tu mula nazak. Bunyi mengeruh semasa menarik nafas jelas aku dengar memandangkan katil ayah aku bertentangan dengannya.

Si isteri menangis merayu kpd nurse & doktor agar selamatkan suaminya. Si suami pula mcm sedikit mengelupur, darah keluar dari lengannya (yg ditebuk utk dimasukkan air) membasahi tilam & lantai wad . Di sini aku nampak kakitangan hospital agak lewa, setelah betul2 nazak barulah dtg menjenguk. Agaknya diorang ni dah biasa sgt dgn keadaan mcm tu (hari2 tengok org mati). Selebihnya...takperlulah aku cerita byk....

Kalau aku ingat kejadian tu.. bila tiba giliran aku nnt, macamanalah .....

Kalau aku tak ingat...mula buat keje2 lagha.......

Perkara ni pasti beb....tp mcmana kita semua boleh lupa sesuatu yg pasti ??

...........Heran aku.

Wednesday, November 12, 2008

"The Lonely Guy"

Aik..sekor pun tak turun lagi, membuta lagi la tu. Leceh betulla nak kena turun mkn sorang2 ni..tp perut dah lapor..lantak la, mcm tak biasa... (sampai kat cafe) semua meja dah penuh... nak kena menyelit la ni.

Apa2 hal..pi ambil makanan dulu. Haa ada pun meja kosong...(ada pinggan tp takda org)..boleh la ni..dpn tv plak tu..bleh layan buletin pagi. Tak sampai 5 minit menyantap...mai amoi senyum2 & terus duduk depan aku. Alamak dah ada tuan rupanya meja ni (sempat lg balas senyum)...takkan nak pindah tempat lak. Aku buat dek je la ...sambil tengok berita. 5 minit lepas tu ..balak dia plak mai. Aku still buat dek ( mkn sambil tengok tv - tp apsal sosej aku ni mcm lambat je nak abis). Lantak le..dah terjebak..nak wat camno.

10 minit berlalu..barulah bebudak tu turun. Agaknya ada sekor dua yg perasan kepelikan yg berlaku terhadap aku ni. Aku habiskan hirupan kopi terakhir & terus blah. Lepas ambil buah, aku terus pi kat meja bebudak ni. " Err ada org bau ke , nko tak basuh berak ?" cilakak punya soalan. Sudahlah...aku mesej nko - ajak mkn ..haram tak dibalas.

Lebih kurang 30 minit duk melepak kat cafe...ada yg ajak pi terjun kolam. "err korang pi dulu lahh...lagipun dah nak hujan ni..aku nak balik lepak kat bilik je"..sebenarnya aku nak cover chapter 6 - Accounting Information System ( mlm tadi tak sempat - bising sgt bebudak ni tengok Arsengal kalahkan M.U.).

Sampai je bilik...laa, pukul berapa laa mangkuk ayun ni(roommate) balik mlm tadik (lepas tengok bola pi karaoke)...dah pukul 1030pg. pun blom bangun2 lagi. Tgh duk belek2 note tu...ish boring plak...pasang tv jap..layan cinemax. "The Lonely Guy" ...lakonan steve martin..baru nak start.

  • 2 minit pertama - mcm best je citer ni.
  • 10 minit kemudian - mcm kena batang idung aku je citer ni
  • 30 minit kemudian - ciss mmg sah , bila adegan steve martin makan kat restoran sorang2 dibawah suluhan sportlight.
Aku pun layan le citer ni sampai habis. Kena dgn mood aku - org yg belum berfamily pi family day.