Friday, November 14, 2008

Lepas Exam

Allhamdulillah.....dpt juga jawab semua soalan bg paper first & last aku bg sem ni. Tak sia2 bawak note pi family day ari tu - walaupun tak dpt join geng2 pi merayap sekitar PD...Sekarang aku merdeka utk 5 bulan.

Final tahun ni, semuanya bertempat di bangunan Yayasan Selangor. Bg aku agak leceh skit la sbb kena park kereta kat UTM jln semarak dulu - pastu naik bas utm utk ke sana. Nak bawa kereta boleh , tp parking kena bayar la.

Exam start pukul 9pg & sepatutnya tamat pd pukul 11pg. Dlm 10 suku aku dah keluar ...tak tahan sejuk. Otak yg dah semacam beku ni pun makin membeku.

Trip yg paling awal nak ke UTM semarak 1130pg...Tak larat weih nak nunggu. Tahan teksi je la lagipun dah 6 tahun tak naik teksi.

Dlm duk menunggu tu, ternampak la ada mamat yg galas beg yg sama mcm aku ..(spaceutm). Aku sebenarnya nak cari member sbb tak biasa naik teksi...manala tau kene kencing ke apa ke.

"Nak balik utm ke ?" ...tanya aku..

"a'a ..takde yg berenti pun " jawabnya..

Tak sampai seminit adalah teksi yg berenti. Aku duk belakang.

5 minit jalan dah sampai kat utm.

"err nak kira mcmana nih" keluar la soalan yg agak meng"jakun"kan diri sendiri dari mulut aku.

"takpalah .. sy belanja, lagipun berkat kalau kita belanja students ni " jwb mamat tu.

"isk takpelah...sama2 student ni.." aku hulur 2-3 hinggit kat mamat tu. Tp ttp tak nak terima.

"Saya tengah frust ni, apa yg sy kena buat ?"

Aaaa...apa dia...aku dah mula kaget.. kenal pun tak, ada sesi luah perasaan tak terancang plak. Tiba2 je soalan tu.

" err...cari lain je la.." jwb aku.

"tp saya tak boleh lupakan yg lama tu". Balas dia

"ada can ke bleh dpt balik ?" aku tanya.

"mcm takda je" balas dia lagi

"kalau mcm tu, cari lain la...tak payah buang masa" ...(jawab ikut suka hati aku)

" hmm ..cari lain ekk? " dia tanya balik..

"ok la bro...tq..anyway nama sapa ?" tanya dia lg.

-aku jawab-

"dah kawin ?" tanya dia lg

"blom" jwb aku.

"aik...umur berapa" tanya dia lg.

-aku jawab-

" tak baik bro..kawin lambat" katanya.

-aku tak terjawab. lagipun tu ayat penyata-

"umur hang ? "tanya aku..

"23" jawab dia...( dlm hati aku - 23 pun dah kalut putus cinta. apa la...byk lagi masa nak cari)

"hmm ok la..jumpa lagi" jwb aku bg menamatkan bicara.

Semasa nak berjalan ke kereta aku...aku masih lagi kepelikan, biasanya..org perempuan je yg biasa sembang dgn aku pasal hal ni.....rugilah ex-girlfriend mamat tu.. jarang ada lelaki frust camtu skali bila clash. Ke aku je mcm tu ? Jenis tak kisah langsung .

No comments: