Aku sekadar membantu dlm majlis jamuan kecil-kecilan sempena pemergian kakak sulung ke tanah suci 23 hb ni..yakni minggu depan. Dapat juga bertemu dgn adik beradik lain dari Terengganu..seronok juga.
Aku pun dah sedia maklum. Kalau kakak aku buat kenduri gerenti dari pagi sampai mlm tak putus2 org dtg. Almaklumlah beliau merupakan seorang guru yg agak glamer di area Sri Gombak. Boleh patah pinggang ni dibuatnya.
Bila berkumpul anak-beranak ramai2 tu...mmg aku tak dpt elak dari soalan :-
- bila leh jumpa makcik baru?
- mana bakal adik/kakak ipar?
- dah jumpa ke blom?
- nak no telefon kawan ?
"ni la adik sy yg single tu..."
- Aku buat2 pekak je la-
Majlis bermula pada pukul 10pg dan berakhir pd 10 mlm. Antara menu yg disediakan adalah nasi dagang, nasi beriani, satay, roti jala,kek dan air sirap. Dlm byk2 tu..aku cuma tala nasi dagang je ...susah nak jumpa yg best gak KL ni. Menu2 ni di buat sendiri oleh kakak aku dgn mendail nombor telefon katering.
Kebanyakkan tetamu terdiri daripada parents pelajar yg join tution kakak aku. Mmgla ramai bila dicampur dgn sedara dekat & jauh.
Bg aku...suka juga buat kerja2 mcm ni sbb masa ni je mulut jadi ringan nak tegur org. Yelah..aku ni bukan jenis kreatif utk berbual dgn org. Dah mmg jenis tak byk ckp.
Bila dah sampai pukul 10 mlm tu....mulalah sessi tapau. Ermm aku nak ambik byk pun...takut membazir je. Kat rumah, bukanya ada peti ais pun.Tapau je la..apa2 yg jenis lambat basi...besok tak payahla keluar rumah cari makan.
No comments:
Post a Comment