Thursday, November 13, 2008
Wad 7AB
“Sapa lg yg ikut ?” Tanya aku.” Kita 2 org je “ jawab kakak aku. Weekend ni, lain skit dari yg lepas2... kali ni aku balik Terengganu dgn kereta . Rasanya dah sebulan lebih aku naik naik bas ulang-alik KL-KT setiap kali weekend . Dekat pejabat, hati/fikiran aku tak pernah tenteram sbb menunggu sabtu & ahad utk pulang ke Terengganu, lebih2 lagi bila diberitahu dia asyik tanyakan ttg. aku.
Dalam perjalanan, aku harap keadaan dia semakin baik. Hujung minggu lepas dah keluar dari ICU. Namun bg hospital kerajaan, keluar dari ICU mempunyai 2 maksud. Pertama , kalau keadaan semakin baik dan yang ke dua, harapan semakin tipis dan bilangan katil yang terhad di ICU perlu digunakan untuk pesakit2 lain yg lebih berpeluang (pulih). Berat sungguh aku nak terima maksud kedua tu, minta dijauhkanlah.
Sampai sahaja di HKT, aku dgn kakak makan dulu dekat kafe hospital. Makan pun setakat hilangkan lapar saja...selesai makan kitaorang pun naik ke tingkat 7 ...wad 7AB......wah dah potong rambut, dah mula makan makanan pepejal (sebelum ni minum susu melalui tiub yg disalurkan ke hidung), & yang paling tak sangka, dah boleh bergurau. Allhamdulillah..., ptg tu aku hantar adik dan mak ( yang menjaganya sepanjang aku di KL) pulang ke rumah utk berehat & hari ni ..giliran aku pula. Tapi semasa adik aku nak keluar dari wad tu, dia mcm merajuk skit...nak juga adik aku ada kat situ. Pujuk punya pujuk, ok la skit.
Sampai di rumah, aku baring2 sekejap nak betulkan urat (drive KL-KT) , tp tak lama, kakak call dari HKT suruh datang cepat...dia cari. Bergegas pula ke HKT...bila sampai di wad (10pm), aku lihat badannya mengigil-gigil. Satu badan dah diselimut, namun masih lagi mengigil...last2 aku peluk dia erat2. Aku pun tak pasti bila kali terakhir aku buat macam tu...masa kecil2 dulu adalah kot. Sejam lepas tu barulah reda gigilnya dan dia pun dah nak tidur. Kakinya dikuis2 minta untuk dipicit (dah sebulan lebih aku tak dengar suara dia sbb kerongkongnya terpaksa ditebuk untuk dibuat saluran kahak – pakai bahasa isyarat shj – kalau yg dpt faham tu fahamlah).
Picit punya picit ...last2 aku tertidur kat tepi katilnya. Tak sampai 10 minit (yelah tidur dlm keadaan duduk atas kerusi plastik) aku sedar , tengok dia masih tidur. Aku dah tak dpt tidur..kat lantai pun 2 org kakak aku tengah tidur beralaskan tikar. Aku cuma tengok 3 org yg cukup aku sayang tidur.Dlm pukul 11.30 mlm barulah kakak aku yg sulung tu terjaga.
“Tidurlah dulu, biar Kak pula jaga, nak kena bagi susu lagi ni kat ayah utk mlm. “. Kakak aku cuba kejutkan ayah, lama juga..tak bangun2...suara kakak pun dah lain macam...diperiksanya nadi...
“Zul..ayah dah takda”
Aku tak puas hati pi ke depan kaunter ..panggil nurse. Doktor dan nurse buat pemeriksaan dan sahkan yang ayah aku dan meninggal dunia.
Aku termanggu sekejap, sukar nak terima sbb siang tadi arwah mmg sihat, siang tadilah aku dapat tengok arwah senyum, bergurau setelah sebulan lebih terlantar lemah. Tp dalam sesetengah keadaan, aku redha sbb arwah tidak lagi menderita menahan sakit (kompilasi penyakit yg berpunca dr diabetis). Sudah sebulan lebih sakit teruk...dan terlantar di wad...sebulan lebih juga kami adik beradik & mak melihat penderitaannya...& cuba memberi yg terbaik & termampu..
Yg paling sedih tentulah adik bongsu ku, dia tiada di sisi arwah pd mlm tu.
Peristiwa ini berlaku pada 12 Ogos 2005. Tp aku masih lagi boleh ingat dgn jelas sbb itulah kali pertama aku kehilangan insan tersayang. Sepanjang menjaga arwah, aku banyak melihat perkara2 yg sebelum ini agak asing bg aku.
Seorang pesakit yg baru masuk (dlm pukul 5ptg), berumur dlm 40-an, nampak sihat2 shj sedang meminta air coke dari anaknya – “nak rasa skit “ katanya, bila melihat isterinya marahkan anaknya yg bg coke. Semuanya nampak ok sehinggalah tiba waktu Maghrib, pesakit tu mula nazak. Bunyi mengeruh semasa menarik nafas jelas aku dengar memandangkan katil ayah aku bertentangan dengannya.
Si isteri menangis merayu kpd nurse & doktor agar selamatkan suaminya. Si suami pula mcm sedikit mengelupur, darah keluar dari lengannya (yg ditebuk utk dimasukkan air) membasahi tilam & lantai wad . Di sini aku nampak kakitangan hospital agak lewa, setelah betul2 nazak barulah dtg menjenguk. Agaknya diorang ni dah biasa sgt dgn keadaan mcm tu (hari2 tengok org mati). Selebihnya...takperlulah aku cerita byk....
Kalau aku ingat kejadian tu.. bila tiba giliran aku nnt, macamanalah .....
Kalau aku tak ingat...mula buat keje2 lagha.......
Perkara ni pasti beb....tp mcmana kita semua boleh lupa sesuatu yg pasti ??
...........Heran aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment