Sunny ni sebenarnya milik arwah ayahanda ambe. Ambe rasa arwah sempat pakai dalam 3 tahun (2002 - 2005). Seingat ambe, arwah dari muda mmg minat kereta...tp memandangkan arwah cuma seorang peneroka di sebuah tanah rancangan FELDA dan menyara 7 org anak, tak termampu utk arwah memilikinya.
Kalau nak ke bandar ( utk jln2 @ hantar anak2nya ke asrama) arwah selalu juga menyewa kereta.
Dulu, semasa abang ipar pergi sambung belajar ke Timur Tengah. Ada ditinggalkan sebuah proton saga1.5s utk jagaan ayahanda. Ambe boleh nampaklah keseronokan yg ayahanda alami. Kereta tu sentiasa berkilat. Macam2 aksesori ditambahnya. Pendek kata glamor jugalah proton tu diseantero tanah rancangan ni. Tp selepas 2 tahun, kereta tesebut kembali ke tuan asalnnya.
Kemudian, ..bila anak2 dah boleh berdikari & yang paling bongsu pun dah habis pengajian, barulah ayahanda mula kumpul duit diam2 untuk membeli sebuah kereta. Ttp terkantoi dgn anak2 - (ayahanda sorok duit bawah bantal). Bila ditanya untuk apa - ayahanda menjawab utk beli kereta.
Kakak yg sulung pun memangil adik2nya...duduk berbincang...lalu..satu keputusan dicapai...mana2 anak yg dah bekerja membuat personal loan. Duit itu dikumpulkan & diberi kpd ayahanda.
Nissan Sunny merupakan model yg amat diminati ayahanda. Sunny yg dibeli di KL terus dibawa pulang ke Terengganu. Dan ..pada ketika itu , ayahanda tak perlu lagi bersusah payah nak menyewa kereta & menaiki bas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment